Unit Perumahan 2008/09 cawangan Iskandariah telah memperkenalkan satu polisi perumahan bagi warga Iskandariah yang ingin mencari rumah.

SEBELUM

Setiap ahli PCI hendaklah merancang dan mengambil kira perkara-perkara berikut sebelum mencari rumah ;

1. Bilangan penghuni

• Bilangan penghuni yang dicadangkan adalah sekurang-kurangnya 3 orang dan maksima 6 orang bersesuaian dengan keluasan rumah.

2. Kawasan penempatan

• Kawasan penempatan yang disarankan adalah di antara Azarita dan Ibrahimiyah bagi akhawat dan di antara Azarita sehingga Sidi Gaber bagi ikhwah.

3. Sewa rumah

• Jumlah maksima sewa rumah sebulan yang dibenarkan adalah ? LE 1500 atau maksima seorang ? LE 350 bagi akad setahun termasuk sewa di waktu musim panas.

• Jumlah had maksima ditetapkan adalah untuk mengawal harga sewa rumah dari terus meningkat.

• Sebarang sewa rumah yang melebihi maksima perlulah dimaklumkan kepada wakil unit Perumahan untuk pertimbangan mengikut kesesuaian.

4. Makluman

• Sekiranya hendak berpindah dari satu kawasan ke kawasan yang lain, ahli PCI perlulah memaklumkan kepada Penghulu kawasan masing-masing.

• Ahli PCI juga perlulah merujuk kepada Penghulu kawasan yang ingin dihuni tentang maklumat-maklumat rumah yang dikehendaki untuk memudahkan urusan mencari rumah.

SEMASA

Setiap ahli PCI hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut semasa proses mencari rumah ;

1. Kawasan penempatan yang ingin dihuni mestilah selamat dari sebarang bahaya.

2. Keadaan rumah mestilah selamat untuk didiami.

3. Pelajar lelaki dan perempuan tidak dibenarkan tinggal bersama di dalam satu rumah melainkan mempunyai hubungan yang disahkan mengikut syara’.

4. Pelajar lelaki dan perempuan tidak dibenarkan menyewa dalam satu imarah yang sama.

5. Tuan rumah hendaklah seorang yang boleh bertolak- ansur.

6. Harga sewa rumah hendaklah berpatutan dengan keadaan rumah dan mematuhi maksima yang dibenarkan.

7. Mestilah ditemani wakil unit Perumahan PERUBATAN ataupun mana-mana pelajar senior ketika membuat akad.

SELEPAS

Setiap ahli PCI hendaklah melaksanakan perkara-perkara berikut selepas segala urusan mencari rumah selesai ;

1. Mendaftarkan rumah anda pada wakil Unit Perumahan dan memaklumkan kepada Penghulu Kawasan segala maklumat berkaitan perumahan seperti nama ahli, nombor telefon, alamat rumah, sewa dan sebagainya.

2. Menjaga rumah sewa dengan sebaiknya dari sudut kebersihan, peralatan-peralatan dalam rumah, sensitiviti dengan masyarakat sekitar dan sebagainya.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :