7 MAC 2009, Damanhur – Usai Hari Sukan PERUBATAN di Mansurah, para atlet Iskandariah sekali lagi diberi cabaran dalam aktiviti sukan dan riadah di Damanhur bersempena Hari Keluarga Pelajar-Pelajar Damanhur, yang diberi nama istimewa Minggu Minda 2009.Program yang bertemakan ‘Satu Hati’ ini merupakan program tahunan anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur.PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah dijemput untuk memeriahkan lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

Program yang berlangsung selama 6 hari berturut-turut ini telah dimulakan dengan acara sukan dan permainan di padang.Semua atlet yang terlibat dicampurkan dalam satu kumpulan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahi antara peserta, dan menggalakkan berkenal-kenalan antara satu sama lain.Antara acara yang dipertandingkan ialah street soccer, bola tampar, takraw, Damanhur Amazing Race dan sebagainya.Disamping itu, program-program indoor juga berlangsung di tempat-tempat yang ditetapkan seperti pertandingan bahas, chess, public speaking, pertandingan hiasan gubahan, dan hiasan rumah mithali.

Dalam program ini, pihak PERUBATAN Cawangan Iskandariah telah mendapat jemputan khas dari Damanhur untuk mengetuai dua pembentangan kertas kerja.Kertas kerja pertama bertajuk Perubatan & Langkah Keselamatan Dalam Kecemasan yang telah dibentang oleh Saudara Qamarul Azwan Bin Kamaluzaman, dan Saudara Abdul Rahim Bin Suhaini, manakala kertas kerja kedua bertajuk Perubatan dan Kerjaya, yang telah dibentang sendiri oleh Pengerusi PERUBATAN Cawangan Iskandariah, Saudara Muhammad Hafidzudin Bin Abd. Razak.

Penat lelah peserta-peserta program diubati dengan kehadiran artis undangan, Bazli Hazwan bin Che Osman yang merupakan bekas vokalis UNIC di malam penutup program.Pertandingan nasyid yang diadakan pada waktu yang sama telah diadili sendiri oleh Saudara Bazli, dan diakhir majlis, beliau telah menyampaikan 3 buah lagu untuk meraikan sahabat-sahabat seperjuangannya yang telah bersungguh-sungguh menjayakan majlis ini.

Majlis berakhir pada 13 Mac 2009 ini sangat bermakna dan memberi kesan yang mendalam dalam diri pelajar-pelajar Iskandariah, disamping ukhuwah yang terbina serta kenangan manis yang dicipta.Semoga program-program sebegini dapat diteruskan demi menjamin hubungan yang harmoni antara dua kumpulan pelajar di Bumi Anbiya’ ini.

Sukakan artikel ini? Kongsi dengan rakan-rakan anda! :