Utama

  • Membina Doktor Muslim

    Kami di PERUBATAN Cawangan Iskandariah berpandangan bahawa seseorang doktor itu bukanlah hanya baik dari segi ilmu kedoktorannya sahaja, bahkan mestilah mempunyai kepakaran dalam bidang agama sendiri. Biro Pembangunan Insan PCI memainkan peranan besar dalam mentarbiyah ahli PCI untuk menjadi seorang doktor Muslim yang sejati

  • Pemacu Kegemilangan Akademik

    Kecemerlangan akademik adalah impian bagi setiap penuntut di Fakulti Perubatan Universiti Iskandariah, justeru itu Biro Akademik saban tahun merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti berbentuk akademik bagi membantu mahasiswa/wi dalam merealisasikan cita-cita mereka - menjadi seorang doktor perubatan yang berjaya

  • Erti Hidup Pada Memberi

    Dari urusan visa, sehinggalah menghulurkan bantuan kepada ahli yang memerlukan, PERUBATAN Cawangan Iskandariah melalui Biro Kebajikan amat mementingkan kebajikan ahli dan sentiasa cuba membantu ahli dengan apa jua cara yang termampu

  • Fizikal Tidak Diketepikan

    Fizikal yang sihat merupakan satu aset berharga bagi setiap insan. Justeru itu, Biro Sukan dan Aktiviti Luar turut memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan ahli PCI mempunyai ruang dan peluang untuk menyihatkan tubuh badan di samping berkecimpung dalam sukan kegemaran mereka

Apa yang Kami Ada?

  1. BooksGalore

    Adalah satu medium untuk ahli meminjam buku dan memberi pinjam buku kepada ahli yang lain. Perkhidmatan ini percuma dan disediakan kepada semua ahli PERUBATAN Cawangan Iskandariah. Layari BooksGalore untuk maklumat lanjut

  2. Alex Photographer Community

    Adalah satu komuniti untuk ahli yang ingin berkongsi, berlatih dan berlajar lebih lanjut berkenaan fotografi. Komuniti ini terdiri daripada DSLR photographers, compact camera photographers, phone photographers dan semua jenis kamera yang ada. Tiada diskriminasi terhadap pemilik mana-mana jenis kamera. Layari Alex Photographer Community untuk maklumat lanjut

  3. House and Musyrif

    Menerusi Biro Perumahan PERUBATAN Cawangan Iskandariah dengan kerjasama Jaringan Musyrif (JAMU), Komuniti “House and Musyrif” ditubuhkan untuk memudahkan ahli mencari info berkenaan rumah untuk disewa dan perkhidmatan musyrif yang disediakan. Layari HnM untuk maklumat lebih lanjut

  4. Ticket to Airport (TiA)

    Saban Tahun, ahli PCI yang ingin pulang ke tanah air akan menempah kenderaan ke lapangan terbang menggunakan perkhidmatan “Ticket to Airport (TiA)” yang dikelolakan oleh Biro Sukan dan Aktiviti Luar PERUBATAN Cawangan Iskandariah. Sekiranya anda ingin menempah kenderaan ke lapangan terbang, sila layari TiA untuk maklumat lebih lanjut

  5. TV Iskandariah

  6. TV Tafaqquh

Post Terbaru

BIKON